Thursday, December 30, 2010

Ciri-ciri Keluarga Bahagia Dalam Islam

1. Keluarga yang dibina atas prinsip-prinsip Islam rabbani, menghormati hak dan kebebasan individu yang dikawal oleh ajaran Islam, mengamalkan persamaan status manusia kecuali yang telah ditentukan berbeza oleh Islam, melaksanakan keadilan, musyawarah dan mendukung perdamaian sejagat.

2. Dapat menyempurnakan rukun-rukun keluarga sakinah, muwaddah dan rahmah. Rumahtangga mestilah mampu menjadi tempat tinggal yang menenangkan, tempat membina rasa cinta dan kasih sayang sesama keluarga dan menjadi sumber memupuk rasa belas kasihan dan tanggungjawab.

3. Dapat memainkan peranan sebagai institusi mendidik anak-anak sehingga mereka menjadi generasi yang muttaqin, amilin, solihin, muslihin dan layak memikul tugas sebagai hamba Allah.

4. Dapat memenuhi objektif perkahwinan:

i. Untuk memenuhi tuntutan kepuasan naluri seksual sebagai satu cara yang dapat mengurangkan ketegangan saraf yang mengesani ketenangan jiwa dan emosi manusia.

ii. Untuk menjamin pembiakan keturunan manusia secara yang sah daripada sudut agama dan undang-undang serta mulia daripada sudut pandangan masyarakat manusia yang normal.

iii. Menentukan supaya keturunan manusia dapat disahkan, memelihara status rumahtangga, hubungan keakraban yang harmoni, erat dan mesra.

iv. Menjamin keredaan, rahmat dan restu Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment