Friday, December 31, 2010

Punca Keretakan Rumahtangga

1.   Tiada persefahaman dan didikan agama yang mendalam. Jadi masing-masing tidak mengerti dan sekaligus mengabaikan tanggungjawab mereka.

2.   Tidak mahu bertolak ansur apabila tercetusnya perselisihan atau pertengkaran.

3.   Berkahwin kerana terpaksa tanpa mendapat kerelaan daripada kedua-dua belah pihak.

4.   Berkahwin atas dasar cinta atau nafsu semata-mata tanpa menilai kepentingan agama.

5.   Beristeri lebih dari seorang tanpa mematuhi syarat-syaratnya dan atas dasar nafsu semata-mata.

6.   Tiada kufu di antara pasangan baik dari segi fizikal, material, agama serta taraf pendidikan.

7.   Campurtangan ibu bapa dan keluarga.

8.   Terburu-buru dalam membuat keputusan dan tindakan walaupun dalam perkara yang remeh-temeh.

9.  Tiada rasa saling hormat-menghormati di antara pasangan suami isteri.

10.   Tidak berterus-terang dan sentiasa berbohong serta selalu berdalih.

11.   Terlalu cemburu dan tiada rasa kepercayaan antara satu sama lain
.
12.   Suami berpendapatan kecil dan tidak mampu menunaikan tanggungjawab nafkah yang sepatutnya terhadap keluarga.


By ilmuislam2u

            

sumber :   "http://www.mylivesignature.com"target="_blank"><img src="