TAKDIR ILAHI…
TAHUN ITU : 2010
“Aliya! Cepatlah sikit! Kasihan Anis dah lama tunggu ni,” Terdengar suara Puan Maria memanggil anak tunggalnya.
“Baiklah ummi! Aliya datang!” Balas Aliya.
Setelah bersalaman dengan umminya, Aliya bergegas mendapatkan Anis yang sedang menantinya di muka pintu.
“Anis, maafkan Kak Aliya. Hari ni Kak Aliya terlambat bangun. Sebab tu lambat sikit bersiap. Maaf ya..”
“Tak mengapa. Anis tak kisah pun. Kak Aliya bukan lambat sangat pun. Lambat 10 minit je. Sekarang baru pukul 7. Ada masa lagi.”
“Terima kasih. Kalau begitu, mari pergi. Ummi, kami pergi dulu ya.”
“Baiklah. Jalan elok-elok ya Aliya, Anis. Belajar rajin-rajin,” Puan Maria menasihati mereka.
Mereka menunggang basikal beriringan menuju ke Sekolah Menengah Sri Idaman. Walaupun dilahirkan dalam sebuah yang berada, Aliya dan Anis lebih senang menunggang basikal daripada dihantar dan dijemput. Mereka lebih suka berdikari daripada mengharapkan kesenangan daripada keluarga. Lagipun, jarak rumah mereka ke sekolah hanyalah satu kilometer. Jadi, lebih mudah bagi mereka untuk menunggang basikal daripada mengharapkan ihsan ibu bapa. Ibu bapa Aliya, Tuan Haris dan Puan Maria merupakan sahabat baik kepada ibu bapa Anis, Tuan Faris dan Puan Harlina. Seperti Aliya, Anis juga merupakan anak tungggal dalam keluarganya. Oleh sebab itu, hubungan Aliya dan Anis sangat rapat dan sudah seperti adik-beradik kandung walaupun perbezaan umur antara mereka ialah dua tahun.
***********************
SEKOLAH MENENGAH SRI IDAMAN
Mereka tiba di sekolah tepat jam 7.15 pagi. Setelah meletakkan basikal di garaj basikal, mereka jalan beriringan menuju ke kawasan sekolah. Jam loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan akan bermula lima minit lagi. Aliya dan Anis berpisah. Aliya berjalan menuju ke kelas 5 Tekad manakala Anis berjalan menuju ke kelas 3 Gigih. Waktu persekolahan bermula seperti biasa.
Tamat waktu persekolahan, seperti biasa Anis akan menunggu Aliya. Memandangkan Aliya merupakan pelajar tingkatan 5, waktu tamat persekolahan Aliya ialah 15 minit lewat daripada waktu tamat persekolahan Anis. Tepat jam 2.15 petang, Aliya berjalan menuju ke arah Anis yang sedang menantinya.
“Assalamu’alaikum Anis.. Maafkan Kak Aliya ya. Kasihan Anis penat. Tiap-tiap hari kena tunggu Kak Aliya,” Aliya memohon maaf.
“Wa’alaikumussalam.. Tak mengapalah Kak Aliya. Anis tak kisah pun. Anis tak pernah penat menunggu Kak Aliya. Bahkan Anis seronok sangat. Kak Aliya sudah Anis anggap sebagai kakak kandung Anis sendiri.”
“Terima kasih, Anis..”
“Sama-sama..”
“Mari kita balik. Kasihan ibu kita menunggu di rumah,” Aliya mengajak pulang.
“Mari..”
Mereka menunggang basikal bersama. Sepanjang jalan, mereka berbual-bual berkongsi cerita tentang apa-apa yang terjadi sepanjang waktu persekolahan. Sesekali, terdengar mereka bergelak ketawa. Akrab sungguh hubungan mereka. Tiba di hadapan rumah Aliya, Aliya mengucapkan salam kepada Anis dan Anis meneruskan perjalanan. Rumah mereka hanya selang tiga buah rumah. Disebabkan itu, mereka kerap melakukan aktiviti harian bersama.
***************************
RUMAH ALIYA
“Assalamu’alaikum, ummi…” Aliya memberi salam.
“Wa’alaikumussalam, anak ummi yang dirahmati Allah..” Aliya bersalaman dengan umminya.
“Anak ummi penat? Aliya nak makan? Ummi dah siapkan hidangan di atas meja.”
“Tak mengapalah ummi. Biar Aliya solat dahulu. Selepas solat, Aliya makan.”
“Baiklah. Ummi tunggu, ya sayang..”
Sejak kecil, Aliya memang sudah dididik dengan ilmu agama. Sejak usianya menjangkau lima tahun, dia sudah mula berjinak-jinak dalam solat. Pada usia 6 tahun pula, solat sudah menjadi perkara wajib dalam hidupnya. Begitu juga al-Quran. Dia mula khatam al-Quran pada usia tujuh tahun. Selain dididik dalam ilmu agama, Aliya juga dididik supaya menghormati sesiapa sahaja terutama orang tua. Dia juga merupakan seorang yang lemah lembut dan pemurah.
Di sekolah, Aliya tidak pernah memilih rakan. Sesiapa sahaja boleh menjadi temannnya. Dia tidak pernah membeza-bezakan darjat seperti sesetengah orang. Baginya, setiap manusia yang berada di dunia ini setaraf. Kesenangan yang dimiliki hanyalah pinjaman daripada Allah. Dia akan membantu rakan-rakannya tidak kira dalam pelajaran mahupun dari segi kewangan. Disebabkan sikapnya yang baik hati dan pemurah itulah, Aliya disenangi oleh semua guru dan rakannya. Ibu bapanya pula sangat bersyukur dikurniakan anak seperti Aliya. Bagi mereka, Aliya merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai.
**************************
SABTU PAGI : TAMAN TASIK TITIWANGSA
Aliya dan Anis berjogging di Taman Tasik Titiwangsa. Setelah beberapa minit, Aliya berasa letih dan pening kepala. Tekaknya berasa loya. Dia mula memperlahankan larian dan berhenti. Anis yang berjogging juga turut berhenti.
“Kak Aliya tak apa-apa?” Anis bertanya apabila dia melihat Kak Aliya memegang kepala.
“Kak Aliya tak apa-apa. Usahlah Anis risau. Kak Aliya Cuma pening sikit. Mungkin terlalu penat. Maklumlah, banyak kerja yang perlu disiapkan.”
“Kalau begitu mari kita duduk.”
Anis memimpin Kak Aliya menuju ke sebuah bangku yang terdapat di tepi tasik tersebut.
“Kak Aliya duduklah dahulu. Biar Anis beli air.”
“Eh, tak mengapa. Anis tak perlu susah. Kak Aliya baik-baik saja.”
“Kak Aliya.. Anis tak susah pun. Anis bukan beli air jauh sangat pun. Cuma kat gerai tu je. Kak Aliya pun boleh nampak Anis dari sini,” Ujar Anis sambil menunjuk ke arah gerai tersebut.
“Baiklah. Hati-hati, ya.”
“Baiklah, Kak Aliya.”
Aliya hanya tersenyum melihat Anis berjalan meninggalkannya. Di hatinya, dia bersyukur kerana dikurniakan adik seperti Anis. Meskipun Anis bukanlah adik kandungnya, tetapi dia amat menyayangi Anis. Aliya berfikir mengenai dirinya. Sejak kebekangan ini, dia sering saja pening kepala. Dia menganggap itu hanyalah sakit kepala biasa namun, semakin dibiarkan sakit itu semakin larat terutamanya pada sebelah pagi. Kadang, sehingga menyebabkan dia berasa loya dan nak muntah. Tapi dia tidak pernah memberitahu sesiapa termasuk ibu dan bapanya. Anis juga tidak diberitahu. Niatnya hanya tidak ingin menyusahkan sesiapa.
“Kak Aliya.. Kak Aliya..”
Aliya tersedar daripada lamunannya. Dilihatnya Anis telah duduk di sebelahnya sambil memegang dua botol air.
“Eh, Anis! Dah lama ke Anis sampai? Tak perasan pula Kak Aliya.”
“Macam mana Kak Aliya nak perasan kalau Kak Aliya asyik mengelamun je dari tadi. Anis dah duduk kat sebelah pun Kak Aliya masih saja mengelamun. Entah apa yang difikirkannya itu..”
“Maaflah ya, Anis. Kak Aliya tengok gelagat pengunjung-pengunjung ni. Ada yang berkeluarga, ada yang berpasangan.. Leka sangat agaknya,” Aliya cuba menyembunyikan hal yang difikirkan itu daripada pengetahuan Aliya.
“Oh.. Anis ingatkan apalah tadi. Nah, air Kak Aliya,” Anis menghulurkan sebotol air mineral kepada Kak Aliya.
“Terima kasih..”
“Sama-sama..”
Aliya membuka penutup botol minuman tersebut dan meneguk air tersebut. Setelah beberapa teguk, dia menutup kembali penutup tersebut dan membuang pandangan ke arah tasik yang terbentang luas di hadapannya. Kelihatan seperti berfikir sesuatu. Seketika kemudian..
“Anis.. Boleh Kak Aliya tanya sesuatu?”
“Apa dia?”
“Anis sayang Kak Aliya?”
“Kak Aliya.. Kenapa Kak Aliya tanya macam tu? Anis sayang sangat kat Kak Aliya. Kak Aliya sudah Anis anggap seperti kakak kandung Anis sendiri.”
“Tapi seandainya ditakdirkan Kak Aliya pergi jauh dari Anis, adakah Anis masih menyayangi Kak Aliya seperti sekarang? Adakah Anis akan terus mengingati Kak Aliya?”
“Kak Aliya.. Walau apapun yang terjadi, Anis akan tetap menyayangi Kak Aliya. Hanya Kak Aliya kakak Anis sampai bila-bila. Tapi, seandainya ditakdirkan Kak Aliya pergi jauh dari Anis, Anis reda. Tiada sesiapa yang mampu menolak takdir Allah. Tapi Anis nak Kak Aliya tahu satu hal, Kak Aliya akan terus berada dalam hati Anis sampai hujung hayat ni. Hanya nama Aliya Aneesa yang Anis sematkan dalam jiwa ini membuktikan bahawa hanya Kak Aliya yang Anis sayang. Tiada orang lain yang mampu menggantikan tempat Kak Aliya di hati Anis. Kak Aliyalah satu-satunya kakak Anis..” Air mata mengalir dari tubir mata gadis molek tersebut.
“Terima kasih, sayang.. Kak Aliya juga akan tetap menyayangi Anis meskipun maut memisahkan kita. Sayang Kak Aliya terhadap Anis terlalu mendalam. Dalam jiwa Kak Aliya juga, hanya tersemat nama Anis Ameera membuktikan bahawa Anislah adik yang Kak Aliya sayang. Kak Aliya janji, Kak Aliya akan jaga hubungan ini dan Kak Aliya akan terus menyayangi Anis hingga akhir nyawa Kak Aliya..” Aliya mengusap air mata yang mengalir di pipi insan yang disayanginya itu. Bukan niatnya untuk membuat Anis bersedih tetapi dia merasakan bahawa masanya bersama Anis sudah tidak lama.
*************************
Aliya meletakkan pen. Di hadapannya, terbentang sehelai kertas. Di atas kertas tersebut, titipan buat insan yang disayangi. Dia teringatkan peristiwa siang tadi. Sewaktu minum pagi bersama ummi dan ayahnya, dia sekali lagi diserang sakit kepala secara tiba-tiba. Kali ini, sakit itu sangat menusuk. Dia berasa dunianya menjadi gelap dan dia tidak ingat apa-apa lagi selepas itu.
Setelah dia sedar, dia mendapati bahawa dirinya berada dalam sebuah bilik kecil berwarna putih. Di sisinya, ummi dan ayahnya berdiri bersama seorang wanita berkot putih. Dia memerhatikan sekelilingnya. Penuh dengan ubat-ubatan dan alat-alat perubatan.
“Ummi, ayah.. Aliya di mana? Apa terjadi?”
“Aliya di hospital, sayang.. Tadi Aliya rebah tak sedarkan diri. Aliya ingat?”
Aliya diam sejenak sambil berfikir.
“Ya, Aliya ingat ummi..”
“Baiklah, memandangkan anak tuan dan puan sudah sedar, marilah kita lihat hasil imbasan tadi,” Doktor tersebut berkata.
“Mari Aliya..” Tuan Haris dan Puan Maria memimpin anak tunggal mereka.
“Silakan duduk,” Ujar doktor tersebut. Doktor Yusra namanya.
“Terima kasih..”
“Baiklah tuan, puan.. Saya telah melihat hasil imbasan anak tuan dan puan. Dalam hasil imbasan tersebut, saya mendapati bahawa dalam otak anak tuan dan puan telah ditumbuhi tumor dan tumor tersebut telah merebak. Sebab itu, anak tuan dan puan diserang sakit kepala sehingga menyebabkan dia pengsan.”
“Maksud doktor, anak saya ni sakit apa?” Puan Maria bertanya.
“Maafkan saya tuan, puan. Saya harap tuan dan puan bersabar. Anak tuan dan puan telah menghidap kanser otak.”
“Ya Allah.. Aliya.. Anak ummi…” Puan Maria sangat terkejut menerima berita tersebut. Dia menangis lantas memeluk anak kesayangannya itu. Dia tidak sangka bahawa gadis seusia Aliya menghidapi penyakit yang sebegitu.
“Doktor, tak adakah rawatan yang boleh mengubati penyakit ini?” Tuan Haris bertanya. Dia juga amat menyayangi puteri tunggalnya. Selagi boleh berusaha, dia akan cuba mencari jalan yang boleh menyembuhkan penyakit anaknya.
“Maafkan saya, tuan. Rawatan kanser biasanya dikendalikan oleh onkologi, doktor yang khusus dalam rawatan penyakit malignant. Rawatan kanser perlu dilakukan dengan serta merta sebaik sahaja dikesan. Tetapi, saya mendapati bahawa kanser yang dihidapi oleh anak tuan dan puan telah berada di peringkat yang kritikal dan mempunyai peluang yang sangat tipis untuk sembuh. Jika anak tuan dan puan dihantar lebih awal, mungkin dia masih boleh dirawat.”
“Doktor, apakah simptom-simptom awal penyakit ini?” Giliran Aliya bertanya.
“Simptom-simptom awal penyakit ini seperti sakit kepala terutama pada sebelah pagi, tekak berasa loya dan nak muntah serta sakit kepala yang teramat ketika menunduk, bersin dan batuk.”
Aliya sangat terkejut menerima berita tersebut. Dia tidak sangka bahawa sakit kepala yang dihidapinya selama ini merupakan tanda-tanda awal kanser otak.
“Ummi.. Ayah.. Aliya minta maaf.. Selama ini Aliya memang kerap sakit kepala tapi Aliya sangka itu hanyalah sakit kepala biasa. Jadi Aliya hanya diamkan diri. Aliya tak nak ummi dan ayah risau. Tapi rupanya itu adalah tanda-tanda awal Aliya menghidap kanser otak. Maafkan Aliya, ummi.. Ayah..” Aliya memeluk kedua ibu bapanya.
“Tidak mengapa, sayang. Ini bukan kehendak kita. Allah telah merancang segala-galanya. Kita tidak boleh sesekali menolak takdir yang telah ditentukan buat kita,” Tuan Haris berkata.
Di hatinya, terasa amat sayu melihat wajah tenang puterinya. Tidak disangka selama ini, wajah tenang itu rupa-rupanya sedang bertarung dengan maut. Dia tahu penyakit Aliya sudah tiada penawarnya. Jadi, dia telah mengikhlaskan hati seandainya Allah mengambil nyawa Aliya terlebih dahulu daripadanya.
Dalam perjalanan pulang, Aliya berbual-bual dengan ummi dan ayahnya.
“Ummi.. Ayah.. Boleh Aliya minta tolong sesuatu?”
“Apa dia sayang?”
“Aliya harap ummi dan ayah dapat rahsiakan penyakit Aliya daripada pengetahuan sesiapa termasuk Anis. Aliya tak nak dia bersedih.”
“Baiklah Aliya..”
“Terima kasih ummi, ayah.. Ummi, ayah.. Aliya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kerana telah membesarkan Aliya dengan penuh kasih sayang serta didikan yang cukup. Aliya rasa sangat beruntung mempunyai ibu bapa seperti ummi dan ayah. Tapi, Aliya terkilan kerana Aliya rasa Aliya tak sempat nak membalas jasa dan pengorbanan ummi dan ayah yang sangat besar itu. Andainya Aliya pergi dahulu menyeru seruan Ilahi, halalkan makan minum Aliya ya, ummi, ayah.. Halalkan juga setiap titisan susu yang telah menjadi darah daging Aliya ini, ummi.. Aliya sayang sangat kat ummi dan ayah.. Doakan kesejahteraan Aliya, ya ummi, ayah.. Sepatutnya, Aliya yang yang mendoakan ummi dan ayah tapi nampaknya, Aliyalah yang akan mendambakan doa ummi dan ayah kelak.”
Tuan Haris dan Puan Maria sangat tersentuh dengan kata-kata anak mereka itu. Tanpa disedari, mereka mengalirkan air mata. Tapi, segera dikesat supaya tidak dilihat oleh Aliya. Mereka sepatutnya kuat apabila anak mereka sedang bertarung dengan maut. Mereka tidak boleh lemah. Jika tidak, Aliya akan turut sama lemah.
“Aliya.. Ummi dan ayah tak pernah jemu membesarkan anak seperti Aliya bahkan kami berasa sangat beruntung kerana Allah mengurniakan anak yang baik seperti Aliya. Ummi juga gembira kerana setiap titisan susu ummi mengalir dalam tubuh Aliya sehingga Aliya membesar menjadi seorang anak yang solehah. Ummi dan ayah juga sentiasa mendoakan kesejahteraan Aliya, kerana kami sangat menyayangi Aliya. Aliyalah satu-satunya permata hati kami sampai bila-bila..”
“Terima kasih ummi, ayah..”
****************************
SEKOLAH MENENGAH SRI IDAMAN
Anis terkesima! Berita yang diterimanya sebentar tadi benar-benar mengejutkannya.
Seperti biasa, Anis akan menunggu Kak Aliya di garaj basikal. Tetapi pada hari ini, sudah setengah jam dia menunggu namun Kak Aliya tidak juga muncul. Perlahan dia melangkahkan kaki ke blok B menuju ke kelas Kak Aliya. Setibanya di sana, dia melihat seorang perempuan sedang mengemas buku. Dia kenal perempuan tersebut. Dia merupakan teman baik Kak Aliya. Kak Fathin namanya.
“Assalamu’alaikum, Kak Fathin..” Anis menyapa.
“Wa’alaikumussalam.. Oh, Anis! Ada apa?” Ujar Fathin.
“Kak Fathin ada nampak Kak Aliya tak? Dari tadi Anis tunggu. Biasanya dia tidaklah lambat macam ni.”
“Ya Allah.. Anis.. Maafkan Kak Fathin. Kak Fathin lupa nak beritahu Anis. Tadi, tiba-tiba Kak Aliya sakit kepala jadi Cikgu Adam dah hantar Kak Aliya pulang. Mukanya pucat sangat. Maafkan Kak Aliya ya, Anis..”
“Ya Allah.. Kak Aliya.. Kak Fathin, Kak Aliya tak apa-apakan?” Air mata mengalir di pipinya.
“Sabarlah Anis. InsyaAllah Kak Aliya tak apa-apa. Marilah Kak Fathin temankan Anis pulang. Kebetulan Kak Fathin memang nak jenguk dia sekali,” Fathin memujuk sambil mengusap air mata Anis.
Sepanjang jalan, Anis hanya berdiam diri. Sepatah Fathin tanya, sepatah yang dijawabnya. Dia hanya risaukan keadaan Kak Aliya. Selepas 10 minit, mereka tiba di rumah Aliya. Di hadapan rumah itu, terdapat tiga buah kereta. Selain kereta bapa Kak Aliya, dia kenal lagi sebuah kereta itu. Kereta Avanza milik bapanya. Lagi sebuah, dia tidak pasti milik siapa. Hatinya tiba-tiba dilanda kebimbangan.
****************************
RUMAH ALIYA
“Mari masuk..” Kak Fathin mematikan lamunannya. Anis hanya mengangguk. Dia mengekori Kak Fathin dari belakang.
Sejurus dia melangkahkan kaki ke rumah itu,
“Surprise!”
“Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Anis.. Happy birthday to you..”
Anis terpaku. Di hadapannya, Kak Aliya berdiri sambil memegang kek, mama dan papanya, uncle Haris dan aunt Maria, Cikgu Adam dan rakan-rakannya. Di dinding rumah tersebut, Anis melihat sepotong kain ungu kegemarannya tergantung yang tertulis, “Happy Birthday, Anis! Sweet fifteenth.. We love you…”
Baru dia teringat, tarikh hari ini 31 Mac 2010, tarikh lahirnya. Dia tersedar. Rupa-rupanya semua ini hanyalah satu helah yang telah dirancang oleh Kak Aliya, mama dan papanya, uncle Haris dan aunt Maria. Tidak lupa juga Cikgu Adam dan Kak Fathin yang juga terlibat dalam rancangan ini.
“Selamat hari lahir, sayang..” Dua kucupan sayang singgah di pipinya.
“Terima kasih, mama, papa..” Anis memeluk kedua ibu bapanya.
“Selamat hari jadi, Anis..”
“Terima kasih, uncle, aunt..”
Aliya datang membawa sejambak ros putih.
“Happy birthday my sweetheart..” Jambangan ros bertukar tangan.
“Thank you, Kak Aliya.. Tapi sampai hati Kak Aliya buat Anis macam ni. Buat Anis susah hati saja.”
“Maaflah Anis.. Kalau Kak Aliya beritahu Anis, bukan surprise namanya. Marilah kita potong kek itu. Semua orang sudah tunggu Anis.”
Ketika Anis sedang memotong kek, mereka sekali lagi menyanyikan lagu ‘Hari Lahir’. Anis berdoa dalam hati agar hubungannya dengan Kak Aliya kekal sampai akhir hayat. Dia yang memang mendambakan kasih seorang kakak dahulu, sangat menghargai kehadiran Kak Aliya dalam hidupnya. Dia sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang kakak yang benar-benar memahami dan penyayang.
Ketika sedang makan-makan, Aliya tiba-tiba diserang sakit kepala. Kali ini, sakit itu benar-benar menusuk. Dia rasa seperti kepalanya ditusuk dengan paku yang sangat banyak. Aliya meraung menyebut kalimah Allah.
“Ya Allah! Allahuakbar!”
“Aliya.. Anak ummi!!!”
“Kak Aliya!!!”
Aliya rebah. Keadaan menjadi kelam-kabut seketika. Tuan Haris dan Puan Maria lantas menjunjung Aliya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital. Tuan Faris dan Puan Harlina serta Anis juga mengikut mereka ke hospital. Begitu juga dengan Cikgu Adam dan Fathin. Fathin menumpang kereta Cikgu Adam.
*****************************
HOSPITAL KUALA LUMPUR
Kali ini, Aliya telah dimasukkan di ruangan Unit Kawalan Rapi (ICU). Tuan Haris dan Puan Maria menanti di luar dengan tenang. Apa-apa jua dugaan akan mereka hadapi dengan tabah. Anis datang dan memeluk Puan Maria.
“Aunt, kenapa dengan Kak Aliya? Kenapa Kak Aliya pengsan? Kenapa Kak Aliya masuk ICU? Kenapa aunt?”
“Anis.. Sabar sayang.. Aunt akan beritahu tapi aunt harap Anis dapat terima dengan tenang, ya sayang..” Puan Maria meleraikan pelukan Anis.
“Anis.. Kak Aliya menghidap kanser otak. Penyakitnya itu telah sampai pada peringkat kritikal dan berpeluang tipis untuk sembuh. Kak Aliya sedang bertarung dengan maut, sayang.. Doakanlah kesejahteraannya. Andai kata, ditakdirkan hari ini nyawanya diambil, aunt nak Anis ikhlaskan pemergiannya. Dia sudah terlalu menderita, sayang.. Aunt dengan uncle juga dah ikhlaskan hati andainya nyawa puteri kami diambil pada bila-bila masa..”
“Ya Allah.. Kak Aliya.. Besar sungguh dugaan buatnya.. Aunt, Anis ikhlas andainya Kak Aliya pergi dahulu meninggalkan kita. Tapi mengapa hari ini, aunt? Anis baru ingin meraikan hari gembira Anis bersama Kak Aliya..”
“Inilah yang dinamakan takdir, sayang..”
Pintu ruangan tersebut terbuka. Seorang doktor keluar.
Tuan Haris menerpa doktor tersebut.
“Doktor, bagaimana keadaan anak kami?”
“Maafkan saya, anak tuan tidak dapat diselamatkan. Tumor dalam otaknya telah merebak hingga ke seluruh badan.”
“Innalillahiwainnailaihiraji’un….”
Tuan Haris terduduk. Satu-satu puterinya telah pergi meninggalkannya.
“Abang.. Anak kita..” Puan Maria mendakap suaminya.
“Sabar sayang.. Allah lebih menyayanginya..”
“Kak Aliya…” Anis menangis tersedu-sedan.
Tidak sangka Kak Aliya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Puan Harlina mendakap anaknya erat. Memahami anaknya itu amat menyayangi Aliya. Seorang kakak yang sangat penyayang.
**************************
TANAH PERKUBURAN AN-NUR
Jenazah Aliya Aneesa telah selamat dikebumikan. Semua orang beransur pulang. Langit pada hari itu kelihatan mendung, memahami hati milik seorang insan yang masih duduk di tepi kubur itu. Anis Ameera. Dia sangat bersedih atas pemergian Aliya Aneesa, seorang kakak yang sangat disayanginya. Meskipun bukan kakak kandung, tetapi sudah dianggap seperti darah darah dagingnya sendiri. Puan Maria mendekati Anis. Bahunya dipegang. Tangannya menghulurkan sepucuk surat buat Anis.
“Anis, sudahlah.. Jangan diratapi orang yang telah tiada. Tidak elok. Kasihan Kak Aliya, sayang.. Biarlah dia berbahagia di sana.. Ini ada titipan daripada arwah buat Anis. Dia suruh aunt beri pada Anis setelah dia pergi buat selama-lamanya..”
“Terima kasih, aunt.. Anis hanya ingin bersendirian buat seketika. Aunt pulanglah dahulu. Anis akan menyusul kemudian.”
“Baiklah, jaga diri..”
“Baiklah, aunt..”
Setelah Puan Maria pulang, Anis membuka titipan tersebut. Harum baunya. Bau haruman Syurah kegemaran arwah. Air matanya menitis.
Adikku, Anis Ameera..
Ketika membaca titipan ini, Kak Aliya mungkin saja sudah pergi jauh meninggalkan semua di dunia. Kak Aliya telah pergi ke alam yang kekal abadi meninggalkan memori kita bersama.
Adikku,
Maafkan Kak Aliya kerana telah merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Anis. Percayalah, Kak Aliya hanya tidak ingin melihat kamu bersedih. Sungguh, Kak Aliya amat menyayangi Anis..
Anis mengalirkan air mata. ‘Anis juga sayang Kak Aliya..’ Bacaannya diteruskan.
Adikku,
Kak Aliya minta maaf andainya selama ini Kak Aliya banyak menyakitkan hati Anis. Kak Aliya juga harap Anis dapat menghalalkan makan minum Kak Aliya. Segala kata-kata Kak Aliya yang berunsur nasihat, Kak Aliya harap Anis dapat jadikan dorongan hidup Anis. Percayalah, Kak Aliya hanya inginkan yang terbaik buat adik yang Kak Aliya sayang.
Adikku,
Dulu, Kak Aliya ada janji bahawa Kak Aliya akan tetap menyayangi Anis hingga akhir hayat ini. Dan sekarang, Kak Aliya telah pun mengotakan janji Kak Aliya, sayang.. Setiap detik, hati ini sentiasa menyayangimu.. Begitu juga ketika diri ini menghembuskan nafas terakhir.. Masih tetap menyayangimu..
Adikku,
Sekali lagi Kak Aliya memohon maaf pada Anis atas segala kekhilafan diri ini.. Semoga doa Anis sentiasa mengiringi Kak Aliya di sana kelak.. Sebelum Kak Aliya mengakhiri titipan ini, Kak Aliya tujukan sebuah bingkisan khas buat adik yang Kak Aliya sayang, Anis Ameera… Bingkisan ini Kak Aliya petik dari seni kata lagu Untukmu Teman dari kumpulan Brothers..
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria..
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria..
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu..
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu..
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa..
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa..
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan..
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan..
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya…
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya…
Yang menyayangimu,
Aliya Aneesa..
Air mata mengalir dari tubir mata Anis Ameera. Dia melipat kembali titipan itu. Dicium warkah tersebut dan didakapnya. Kasihnya begitu mendalam buat insan yang digelar kakak itu. Benarlah kata orang, hilangnya seorang kakak ibarat hilang sebelah tangan. Lukanya boleh diubati namun, hilangnya tiada ganti. Dan hari ini, 31 Mac 2010, pada hari lahirnya, Kak Aliya telah meninggalkannya buat selama-lamanya.
‘Kak Aliya, Anis akan tetap menyayangi Kak Aliya meskipun Kak Aliya telah jauh meninggalkan Anis. Semoga kita dapat bertemu di akhirat kelak. InsyaAllah…’
-TAMAT-